Thursday, September 11, 2008

Lessons Learnt

As I watched the news on TV3 last 2 nites on the Raja Noriana's family tragedy, I was so sad looking at her childrens faces, they were shocked and trauma of the sudden lost of their mom after being stabbed and murdered by the robbers at their home , Shah Alam.

Few lessons learnt from this tragedy, untuk pedoman dan panduan kita bersama:

  • There's no place as secured as home, and now the tragedy proved that nowadays, even if we are staying at home, we are not safe anymore
  • The robbers ( based on the news ) are Indonesian, they were really brave to do the crimes at our country without any fears
  • The media also reported that Raja Noriana's family is the only family that move in within the area. Maybe we also should consider if we ant to move to our new house, we need to make sure at least there are a few neighbors around our house are move in too.
  • The hostage negotiation skills for the police officers, seriously the police might need to do the After Action Review ( ala ala bedah siasat le) to improve the nego process, please!
  • Berbalik pada agama Islam, ada banyak amalan2 yang boleh kita amalkan untuk keselamatan diri, keluarga dan harta benda kita. Contoh yg selalu kita dengar ialah amalan membaca 3 Qul.

Moga2 arwah Raja Noriana dicucuri rahmat n semoga anak2 dan suaminya tabah menghadapi dugaan di bulan Ramadhan ini, Amiinn.

Monday, September 8, 2008

Kalau Hati Sedang Rawan...

These 2-3 days I'm upset, really2 upset because of something..tak hangat seperti biasa n buat apa apa jadi serba tak kena...hmmm, since aku tgh bersedih, berilah peluang pada aku melayan hati aku yg sedang rawan karat ni..

Matahariku
Tertutup Sudah Pintu, Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Kuharus Relakanmu Walau Aku Tak Mau

Reff 1:
Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi

Reff 2 :
Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu

*Repeat
Reff 1
Reff 2
By Agnes Monica

** I Wonder What Went Wrong, I Wonder How I Did It Wrong, I Wonder Why...It's ok, Let Me Keep Wondering by Myself

Friday, September 5, 2008

TGIF Yezza!

Q : Hari ini hari apa murid - murid?
A : Hari ini hari Jumaat Cikgu..

Ya, hari ini hari Jumaat, dalam Islam, sebagaimana kita semua ketahui, hari Jumaat adalah penghulu segala hari . Dalam pada kita bersuka - suka sebba esoknya sabtu dan ahad, marilah kita bersama - sama renung renungkan kelebihan hari Jumaat pada kita sebgaai umat Islam..

Hari Jumaat ialah hari yang disabdakan baginda SAW:
"خير يوم طلعت عليه الشمس، يوم الجمعة. فيه خلق آدم. وفيه أدخل الجنة. وفيه أخرج منها. ولا تقوم الساعة إلا في يوم الجمعة"
Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.[2]
[2] Sahih: Sahih Muslim: 854

Antara amalan - amalan yg sunat dilakukan pada hari Jumaat ialah:
* Memperbanyakkan istighfar. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan bahawa barang siapa banyak beristighfar, Allah akan beri jalan keluar pada setiap masalah yang dihadapi, akan digembirakan andainya mengalami dukacita, dan akan diberi rezeki yang banyak.

* Memperbanyakkan selawat. Berselawat bererti berdoa, iaitu memohon berkat dan rahmat. Selawat daripada Allah s.w.t. bererti rahmat dan keberkatan. Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan serta meletakkan diri baginda lebih hampir kepada-Nya.

* Amalan lain yang perlu dilakukan ialah membaca al-Quran. Sebaik-baik ibadah ialah orang yang membaca al-Quran dan mengajarnya. Dalam sebuah hadis dijelaskan Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan: Barang siapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka memancarlah cahaya dari bawah tapak kakinya hingga ke puncak langit. Cahaya itu terus menyinarinya pada hari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat.

* Memotong Kuku
Sekianlah tazkirah kita pada hari ini..sekadar renungan je ok..

**********************************************************************************
Yang lain2 tu, kalau pasal Jumaat ni, malam Jumaat lah juga yg paling ditunggu bagi pasangan suami dan isteri :):):)
**********************************************************************************
OK, back to normal hehehe..punyalah gigih aku during lunch hour tadi pi Sogo, shopping2 sket..yg benarnya aku nak belikan kemeja untuk hubby & nak redeem voucher lah kononnya

Macam nak pitam aku beround 1 sogo tu, waduh2 ramainya orang, sogo member sale lah katakan..aku tengok kakak2 ngan makcik2 tu beli cadar la apa la berkoyan koyan, banyaknya duit diaorg ni yekk..last sekali aku beli kemeja ngan tshirt & hadiah untuk seseorang itu..lega Alhamdulillah...

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan tahun ini...aku berysukur kerana masih lagi aku & suami bersama-sama menyambut Ramadhan & InsyaAllah Aidilfitri yg akan menjelma tiba..opss, baru 1st Day Ramadhan maa..belum apa apa dah nak nyanyi lagu raya yek..ishk ishk..

Sabtu, 30 Ogos 2008

Disebabkan 1st day of Ramadhan ini kita masih lagi bercuti smepena sambutan merdeka, aku ambik kesempatan balik ke kampung..aku sampai2 je kat kampung around 12 noon camtu jiran kat depan rumah aku - Angah Ijah dok lambai2 panggil turun. aku pun pi la kat situ tengok rumah dia penuh keta anak2 dia balik and ada 1 group mak cik2 tgh berkumpul bersama sama memasak lauk pauk..ooo rupa rupanya ada kendjri sambut puasa, so Angah Ijah pesan, malam ni datang kenduri yo Ayang, aku sengeh2 je, sambey2 tu aku dok salam2 la ngan mak cik2 jiran2 kampung aku tu, sambil ramah tamah sket ( ala ala YB plak aku wakakkaa) ada omak baruh, acik jijah pongkeng, cik Yam, ayong dll, aku bukan apa, since my mom passed away when I was in standard 6, diaorg sume ni lah yg dok take care kat aku , best jiran2 kat kampung ni, diaorng ni prihatin, anggap aku mcm anak2 diaorg gak, terharu aku..syukur Alhamdulillah, Allah ambik mak aku, Allah bagi org2 keliling yg sentiasa ada belas kasihan dan melimpahkan kasih sayang kat aku,

So malam tu aku ajak la hubby aku pi berkenduri kendara, syok gak, sekali sekala attend kenduri, meriah beb, jumpa kenkawan masa kecik2 dulu, kak edot, kak lize, dll..

Yg benarnya kat n9 ni, kalau sambut Ramdhan pun merihanya kan main lagi, ada hari mantai, hari mantai ni adalah sehari b4 posa dimana, lembu2 akan disembelih dan kaum2 ibu akan buat persiapan masak2 rendang, ketupat, lemang dan lodeh untu kenduri sambut Ramdhan, meriah gitu...dah macam Raya plak gamaknya..

Ahad, 31 Ogos 2008

Hari ni aku & hubby sebok mengemas 2 rumah, maklumlah rumah tinggal, rumah peninggalan arwah emak, mujur suamiku seorang yg rajin dan memahami betapa pentingnya aku menjaga rumah ni demi kasih sayang & ingatan terhadap arwah emak, tambahan plak hubby aku ni suka dan rajin mengemas kawasan luar rumah menebas sumer, wahh syok le aku hehee, aku kemas part dlm rumah je..tgh aku ke Tampin pi Nagoya jap beli kain nak buat sarung cushion, sarung cushion kat rmh aku kat SA tu dah ternganga2 mintak diganti baru..so nak tak nak terpaksala ye..aku hantar ipah jahit kat kampung ni murah sket..kalau kat kl, cekik darah maa

malam nya plak aku ngan hubby ke rumah abah kek kualo pilah..abah aku ni stay ngan my step mom yg aku panggil makcik, so makcik aki dah call beberapa kali ajak makan kat rumah abah, ada rendang, ada lodeh, ada lemang ad akettupat waaa..makan jangan tak makan, hubby aku makan berulang2 ..kecohnya org Perlis ni, dulu mula2 kahwin itu tak makan ini tak makan, sekarang ni tekak dia dah jadi tekak org nogori wakaaka..

Lepas makan, borak2 lepak ngan abah aku jap, abah aku plak tak bape sihat, kesian yalah dah 80 years kan, tapi daya lagi tu drive sampai ke tampin wah wah..

Isnin, 1 September 2008

Hari ni 1st day posa, sahur tadi kami makan smepoi2 je, so tgh balik ke SA terus pi pasayraya beli2 barang nak masak..menu aku hari ni, tomyam campur ngan ikan tenggiri goreng, sempoiii..
HUbby aku dari buka tadi dok berulang2 makan sup tomyam tu, sabar bang sabar, hehehe, we have another 29 days to go for our Ramdhan ok..

Friday, August 29, 2008

Akhirnya...

After 6 years of working, tetiba plak aku bersemangat nak sambung pengajian ku another step further. Alhamdulillah, Allah telah membukakan hatiku, sebenarnya last 3 years aku dah pernah beli borang master tu ( kawanku si Liz) yg belikan. alih alih aku tak antar,si Liza plak dah tamat study pun , alangkah pemlasnya aku hehehe...

Aku rasa semangat aku ni jugak didorong olh cik adik yg sorang itu (NHMY) yg beria ia mengajak aku turut serta..tq tq tq..

Since the applicants for postgrad studies are required to get 2 referees ( 1 academic & 1 academician), aku telah memohon kerjasama boss ku & bekas lecturer ku Puan NH..

today IM on leave and early in the morning aku dah bergegas pi tangkap gambar ( uwaa, aku tengok muka aku makin tembam maa), then jumpa Puan NH at faculty, then submit the application format sek 7. All went good, so aku berysukur sangat2, aku ni bukannya apa, this is the last day for submission dan memandangkan aku ni selalu berbelah bagi, aku tekadkan diri, tak mo dah ubah2 fikiran, I have been delayed in this a long long time ago , so this time I need to go ahead..

If my application is approved, I'll be back to school on this December ..mmm.suspen sungguh, leh ke kau study ni hehehe, chaiyo chaiyo mas..

Doa doakanlah aku berjaya ya...